Wednesday 16 January 2013

Budi tak dihargai...

Kerana harta sekangkang kera, segunung budi dilupakan...

Sedihkan bila terjadi perkara macam ni..tambah-tambah lagi jika melibatkan adik-beradik, sedara-mara dan keluarga yang selama ni dicari bila mengalami kesusahan & kesedihan... namun hati manusia tak semuanya sama....rambut aje yang hitam tapi hati lain-lain...

Kepada yang berbudi tu mesti sakit hati kan apabila segala wang ringgit dan pertolongan semacam tak dihargai.. malah siap di ragui keikhlasan..takut si berbudi mengambil harta sekangkang kera tue... hahaha mcm kelakar kan.. betulla org kata "buat jahat jgn sesekali, tp bila buat baik tu berpada-padala erk"..

Berbalik kepada yang memakan budi tu, kenapa ye jadi mcm tue....tidak ade sekelumit perasaan ke untuk berterima kasih & bersyukur dengan setiap pemberian...ni mcm melepaskan anjing tersepit... agak2la bila org menolong tu, jgnla nak mengambil kesempatan je kejenya....kerana harta sekangkang kera hampir putus persaudaraan..tidak puas hati sana, tidak puas hati sini....tidak rela disana, tidak rela disini...bila diberi pertolongan tersenyum simpul..pastu pong pang pong pang x suka org tu, x suka org nie.... kerana harta sekangkang kera jugakla timbul perasaan x percaya pada si berbudi.... agaknya inilah terjadi bila TAMAK...

Nota: Ya ALLAH, lindungilah aku dari terjadi perkara ini keatas aku dan keluarga aku...

No comments:

Post a Comment